NAMA GURU BESAR
|
TAHUN
|
EN.BAKTHAWA SINGH
|
TIDAK DAPAT DIKESAN
|
EN.NAYAGAM
|
1968-1969
|
EN.MUNIANDY
|
1969-1972
|
EN.S.ARUMUGAM
|
1972-1975
|
EN.PERUMAL
|
1975-1981
|
EN.MUNUSAMY
|
1981-1983
|
EN.PALANIANDY
|
1983-1986
|
EN.A.B.MANIAM
|
1986-1992
|
EN.S.SUBRAMANIAN
|
1992-1999
|
PN.PUSHPAVALLI
|
1999-2000
|
EN.VEERAPANDIAN
|
2000-2001
|
EN.ANNAMALAI
|
2001-2002
|
EN.RAMAMOORTHI
|
2002-2004
|
EN.MAHALINGAM
|
2004-2007
|
CIK.KRISHNAVENI
|
2007-15.07.2009
|
PN.KAMALA A/P KANESON
|
16.07.2009-01.09.2015
|
PN.M.SIVAKAMI
|
01.09.2015-29.04.2016
|
PN.A.KARRKANEY
|
06.06.2016
|
Wednesday, 21 February 2018
SENARAI GURU BESAR (SJK TAMIL BATU ARANG)
Sunday, 18 February 2018
LENCANA SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
Buku: Melambangkan sumber ilmu.
Obor : Melambangkan kejayaan dalam sukan dan permainan.
Cahaya: Melambangkan ilmu membentuk kehidupan bahagia.
Warna kuning : Melambangkan kepatuhan pada peraturan.
Warna biru : Melambangkan perpaduan.
Warna putih: Melambangkan kesucian.
Warna hijau : Melambangkan persekitaran sekolah yang nyaman.
Warna merah : Melambangkan semangat yang membara
Tuesday, 6 February 2018
SEJARAH SEKOLAH
Sejarah sekolah
Pada tahun 1928 sebuah pondok atap dibina oleh En. Vengadachalam a/l Vaithalingam (1901-1936) berhampiran Sekolah Rendah Cina Batu Arang.Sekolah tersebut menempatkan seorang guru bernama En.Subramaniam dengan jumlah murid seramai 12 orang.
Pada tahun 1930 Malayan Colleries menggantikan pondok tersebut dengan sebuah bangunan .Pada tahun 1936 Syarikat Malayan Colleries telah membina sebuah lagi bangunan tambahan kerana bertambahnya bilangan pelajar.
Maka wujudlah bangunan sekolah yang dibina di tapak kawasan Malayan Colleries pada tahun 1936 dan sekolah itu dinamakan mengikut nama syarikat tersebut iaitu Syarikat Malayan Colleries Tamil School (Sekolah Tamil Malayan Colleries).
Pada tahun 1957 nama sekolah Malayan Colleries ditukar nama kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Arang (SRJK (T) Batu Arang) dan kini ianya dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Arang SJK(T) selaras dengan pembaharuan dalam Akta Pendidikan 1961.
Pada tahun 1978 Dato Lee Kim Sai telah memberi peruntukan sebanyak RM7500.00 untuk membina pagar di sekeliling kawasan sekolah. Pagar yang dibina pada tahun 1978 masih lagi berfungsi sebagai tembok keselamatan sekolah. Kini pagar ini juga telah mengalami kerosakan sehinggakan haiwan peliharaan penduduk sekitar dapat masuk ke dalam kawasan sekolah.
Pada tahun 1983 pertambahan murid menyebabkan pembinaan sebuah bangunan baru dibina dengan kos sebanyak RM40,000.00. Kos pembinaan ini ditanggung oleh Yang Berhormat Dato Lee Kim Sai selaku Adun Kawasan Rawang. Namun begitu, bangunan baru yang dibina juga mengalami beberapa kerosakan seperti bumbungnya yang bengkang bengkok. Walaubagaimanapun pihak pengurusan dengan bantuan PIBG dapat menyelenggara kerosakan tersebut .
Dua buah banguan lama sekolah ini telah diselenggara oleh kerajaan pada tahun 2005. Namun demikian sekolah ini masih menghadapi kesukaran bagi menempatkan bilangan murid yang kian bertambah. Justeru itu pihak PIBG sekolah ini mengambil inisiatif untuk membina dua buah bilik darjah pada tahun 2008Â dengan kos RM70,000.00 berbekalkan dana yang dikumpulkan selama ini. Prasarana sekolah berubah sama sekali dengan terbinanya bangunan tiga tingkat yang mempunyai 12 bilik darjah. Murid juga tidak ketinggalan menerima kemahiran ICT kerana dengan usaha PIBG sebuah makmal komputer yang lengkap telah dibina dan mula beropersi. Sebagai merealisasikan PPPM PIBG juga telah mengambil inisiatif bagi membina sebuah makmal sains yang lengkap agar kemahiran murid dapat ditingkatkan dalam sains dan Matematik.
Perkembangan Bangunan Sekolah
1928- Sebuah Pondok dibina oleh EN.Vengadachalam a/l Vaithalingam.
1930- Malayan Colleries menggantikan pondok tersebut dengan sebuah bangunan baru di O.C.8 Batu Arang.
1936- Malayan Colleries membina sebuah lagi bangunan tambahan.
1978- Sekolah dipagar dengan dibiayai oleh Dato Lee Kim Sai.
1983- Sebuah lagi bangunan pengurusan dan bilik darjah dibina.
1987- Pembinaan Kantin sekolah dengan peruntukan daripada Dato Sri.S.Samy Velu, Menteri Kerjaraya Malaysia.
1992- Bangunan tambahan dengan peruntukan bekas Menteri pelajaran En.Anwar Ibrahim Sebanyak RM11300.00. Baki kos pembinaan ditanggung oleh mendiang En.Albert Fenelon Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah.
2008- PIBG dibawah pimpinan En Sundara Murthi a/l Sinnappa telah membina dua buah bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah.
2010- Sebuah bangunan tiga tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah telah dibina oleh Kerajaan Perseketuan.
2012- PIBG di bawah pimpinan En.Vadivel telah berjaya membina sebuah makmal komputer dengan peruntukan kerajaan negeri Selangor.
2013- PIBG di bawah pimpinan En.Chandrasegar telah berjaya membina sebuah makmal sains dengan sokongan ibu bapa, kerajaan negeri Selangor dan Syarikat SME.
Monday, 5 February 2018
MISI dan VISI
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MISSION
SUSTAINING QUALITY EDUCATION SYSTEM TO DEVELOP
POTENTIAL INDIVIDUALS
TO
MEET NATIONAL ASPIRATIONS.
செயல்பாடு
செயல்பாடு
தரமிக்க கல்வி அமலாக்கத்தின் வழி தனிமனித ஆற்றலை மேம்படுத்தி நாட்டின் இலக்கை நிறைவு செய்தல்
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera.
VISION
இலக்கு
தரமிக்க கல்வி;கற்றறிந்த மாந்தர்;நனிசிறந்த நாடு
|
Subscribe to:
Posts (Atom)